Sunday, 28 September 2014

Cara-cara pembayaran bil utiliti menerusi laman sesawang

Kaedah pembayaran bil utiliti menerusi laman sesawang bank

  • Bil yang dimaksudkan ialah segala jenis bil yang menerima bayaran online termasuklah bil telefon TM, celcom, maxis, digi, astro, bil PTPTN, bil air, bil TNB dan sebagainya. Sebenarnya, beberapa langkah yang perlu anda ikut iaitu :

  1. Pastikan penerima bayaran anda termasuk dalam sistem bank anda.
  2. Kenalpasti nombor akaun bil anda.
  3. Jadikan bil anda “favorite bil” supaya mudah nak bayar lepas ni.
  4. Pastikan maklumat lengkap id anda.
  5. Semak dahulu.
  6. Buat bayaran.


  • Berikut ditunjukkan, contoh nombor akaun beberapa bil utiliti yang biasa. Nombor akaun itu sebagaimana di underline dibawah :






  • Ini contoh buat favourite bil guna cimbclicks.com.my  Jika  melalui Maybank2u pun lebih sama. Langkahnya :
  1. Mula-mula anda perlu login ke cimbclicks.com.my dengan nama pengguna dan kata laluan yang telah anda daftarkan. Paparan seperti di bawah akan muncul. Klik pada link “Favourite Bills” di bawah Pay Bills.
  2. Paparan di bawah akan muncul. Di sini akan ditunjuk senarai bil yang telah anda set sebagai favourite. Kalau baru nak mula, sekarang ruangan ni akan dikosong. Seterusnya, Klik pada butang “Add New Bills”.
  3. Di sini, anda perlu masukkan maklumat bil dan penerima bayaran. Contoh seperti di bawah ialah saya masukkan bil astro saya. Pastikan “Payee Name” tu betul. Bil nama samaran anda boleh letak dimana-mana sahaja. Ini hanya untuk memudahkan anda kenalpasti bil itu. Ini penting jika sesiapa bayar bil untuk 2-3 buah rumah. Nombor akaun anda boleh semak seperti saya terangkan kat atas tadi. Kemudian klik “NEXT”.
  4. Paparan di bawah akan keluar untuk pengesahan. Pastikan nombor akaun bil anda tu betul. Kemudian masukkan TAC, pastu klik  ”SUBMIT”.
  5. Pastikan proses di atas tadi adalah berjaya. Kemudian kita pergi ke cara membuat bayaran. Anda boleh klik mana-mana link yang ditunjukkan anak panah hijau untuk Pay Bills. Jika nak semak balik bil yang anda telah set tadi, anda boleh semak dengan tekan Active Bills di bawah My Bills seperti ditunjukkan anak panah kuning.
  6. Jika anda klik link Pay Bills, paparan di bawah akan keluar. Jika untuk payment from pula, anda perlu memilih bayar guna yang mana-mana sahaja. Jika anda ada 2-3 akaun atas satu nama. Pilih saving account jika ada. Payment anda pilih bil mana satu yang anda perlu bayar. Jika nak pilih yang telah di set tadi, klik pada My List. Jika anda ada membuat bayaran yang belum di set, klik pada Payee List dan pilih kepada siapa anda perlu bayar. Pastikan nombor akaun bil anda yang keluar adalah betul. Kemudian masukkan nilai bayaran yang ingin dibuat. Klik “SUBMIT”.
  7. Paparan peringatan keluar. Anda diminta semak dan pastikan semua maklumat adalah betul. Jika tidak betul, klik “BACK” untuk perbaiki apa yang silap. Jika dah betul, klik “CONFIRM”.
  8. Paparan akhir sekali ialah bukti pembayaran telah selesai. Pastikan transaksi status anda adalah berjaya di terima.


Kaedah pembayaran bil utiliti menerusi laman sesawang pay-pal

  • Pastikan anda ada debit kad Maybank yang sah (kad ATM yang ada gambar cherry) dan boleh check secara online. Untuk debit kad bank yang lain, anda perlu pastikan cara tetapan dengan bank masing-masing. Langkahnya :

  1. Buka link http://www.paypal.com dan klik sign up.
  2. Bila sudah klik sign up, akan keluar gambar seperti dibawah. Jangan lupa pilih negara dan klik ‘get started’ kat bahagian ‘premier’. 
  3. Selepas itu, isi  form yang keluar dengan maklumat yang betul. Untuk bahagian nama, Jika nama anda ada 3 suku kata, contoh : Ahmad bin Abu, isi macam biasa.  Tapi jika nama anda cuma 2 suku kata, contoh: Ahmad, isikan ‘first name’ dengan Ahmad dan ‘last name’ dengan Abu. Biarkan middle name kosong. 
  4. Bila sudah isi form, klik ‘agreed and get started’. Bila sampai tahap ini, akan keluar gambar seperti di bawah. Step in, i anda isi saja no.kad, lepas itu tunggu email untuk step seterusnya.
  5. Pada tahap ini PayPal akan potong RM10 dari akaun Maybank untuk pastikan no kad yang dimasukkan tadi adalah milik sendiri dan bukan orang lain. Selepas debit kad confirm, PayPal akan kembalikan RM10 tersebut ke dalam akaun PayPal.
  6. Biasanya, untuk confirmkan debit kad tersebut akan mengambil masa 2 ke 30 hari. Ikut statement bank. Kalau maybank 2 hari saja dan boleh check terus secara online tanpa perlu tunggu statement sampai rumah.
  7. Cara nak confirmkan debit kad, log in akaun PayPal kemudian klik ‘confirm debit card’ dan masukkan 4 angka rahsia. Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia. 4 angka itu boleh dapatkan di statement maybank.
  8. Terlebih dahulu, buat log in maybank2u. Lepas itu, klik ‘accounts and banking’ di tab menu. Dan seterusnya klik ‘wadiah saving account’. Kemudian akan keluar gambar  sebagaimana gambar bawah ini.
  9. Sila  klik ‘debit card history’,  Akhir sekali akan keluar statement. Dari mana hendak ambil 4 angka,  ambil selepas perkataan ‘SALE PP XXXX‘. Kemudian masukkan angka tersebut dekat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun paypal yang kita buka tadi, terus save dan boleh shopping guna akaun paypal.



No comments:

Post a Comment